Pages

Sunday, 24 July 2011

Cabai mulut laser



Kalau ingat balik perangai mase muda-muda dulu haruslah mengucap panjang.*ceis aku dah tua*. Antara peel mangkuk seorang aku adalah:

1. Masa sekolah rendah, masa bulan puasa, petang-petang time nak solat asar berjemaah, semedang je terminum air masa amik wuduk.

2. Dah sekolah menengah, pun masa bulan puasa, dah main sukan penat, singgah kedai beli 100 plus konon nak berbuka dengan minuman pemberi tenaga. Pukul 6.30pm bukak tin 100 plus slurppp..ahh hilang dahaga. *mengapalah aku begitu seth tan sekali*.

3. Bagitau kawan yang takde bulu kaki, "weh ko takde bulu kaki kan, macam babi weh, babi takde bulu". Arkkk jahat giler statement. Ahahahaha nasib baik member tak makan dalam. Tapi bernanah telinga sampai sekarang duk ungkit kejahanaman mulut aku.

4. Beli nasi ayam, tak lalu nak habiskan. Tapi banyak lagi. *sel-sel otak pun berhubung*. Tuang coke dalam nasi ayam,orang tak perasan punya itu bukan kicap. Bagitau kawan nasi ayam hari ni extra delicious, kawan makan, muka kawan pelik nak termuntah, aku gelak guling-guling. Why aku why. Why la aku jahanam sangat dulu.

Ahh..just to name a few la. Kalau ikutkan sampai tahun depan pun tak habis nak cerita seth tan diri sendiri. Time mengena sel otak pon berhubung, time exam semua markah adalah merah. T_T *pilu*

Friday, 22 July 2011

Kenapa stress?

Kenapa stress?

1. Sebab pemalas
2. Sebab gemuk
3. Sebab stress


Nak elaborate sikit points di atas.

1. Stress adalah kerana pemalas. Macam takde motivation nak buat apa-apa. Bila time sibuk, rasa dan-dan tu jugak nak buat kerja yang terbengkalai. Bila dah ada free time. Dan-dan tu jugak bukak blogshops la, bloghop la. *Lempang diri sendiri sampai bertukar rajin*

2. Stress sebab gemuk. Apa kaitan stress dengan gemuk. "Ko jadi stress sebab gemuk ke? Sebab orang gemuk banyak penyakit eh?"."Bukan macam tu lah..." *dengan senyum sipi*. Dalam hati "Cibai la lu. Selamba kutuk aku, aku belum habis cakap lagi." Stress kerana orang gemuk macam aku selalu dipersenda. Eceh. Emo. Haruslah. Boleh tak satu hari makcik ni cakap kat aku, "Wah kau pun makin membesar. Ni kalau kau siku Goku(Nama samaran suami di dalam blog ini. Kalau siapa baca komik Dragon Ball, harusla Goku idola seantero peminat komik kan) boleh terlentang Goku." Dem u makcik. Depan orang pulak tu. Pastu siap sambung cakap kat Goku, "Ni WR siku kau, terlentang kau Goku". *Suami senyum straight* (Dah bini kene kutuk takkan nak gelak guling-guling, tidur kat porch!).Paham tak senyum straight? Tak chatter tegar la tak tau. Macam ni ha :-| . Wah makcik, tak puas hati nampak menghina sikit-sikit. Selamba gila makcik cakap saya macam tu. Takpe makcik saya redha, orang gemuk selalu dihina. Dem u penghina orang gemuk! T_T .Orang gemuk pun ada perasaan ok. Tapi takpe, hari ni kau mengata aku. Esok-esok tengokla, tak kau, keturunan kau yang kena hina macam aku.

3. .Eh boleh macam tu. Kalau orang tanya "Kenapa stress?" Jawapannya; "Sebab stress".
Haha boleh kena pelangkung. Whatever. *Buat gaya whatever Nabil yang tiru gaya Kim Kardashian dalam maharajalawak.*

Eh what is an entry without a picture kan.

"Apahal lu bai"
Source: Google Images