Friday, 30 December 2011
Monday, 26 December 2011
Makan-makan Warung Pak Su, Kuala Juru
Goku kena outstation pergi Penang last week. Macam-macam tempat dia pergi makan. Aku dengar je terus jealous nak mamfus. Haha bab makan jangan main-main dengan aku. Dasar pompuan mok-mok. Haha ada aku kisah? Hari first dia call aku dia kata dia makan nasi kandar kat tempat biasa-biasa je, bukan tempat famous la, aku dengar pun tak heran sangat sebab dia tak review pun kata nasi kandar tu sedap. Hari kedua dia cakap dia makan nasi kandar Kasim Mustafa. Sekali dia kata lagi sedap daripada nasi kandar favourite aku, nasi kandar Raihan yang dekat Glenmarie tu, terus berdesing telinga aku. Hahaha tapi takde la aku melampiaskan amarah pulak, dengan hangen-hangen manja je cakap, "alaaaa nakkkk, bungkuskannn". Tapi Goku naik dengan orang, takkan nak demand lebih singgah beli nasi kandar pulak sebelum bertolak balik Shah Alam ni.Redha jela, lenkali siapla, 365 bungkus aku beli panaskan satu hari sebungkus. Gambar Goku lupa nak amik tapi sama jeler ghupe macam nasi kandar biasa kan. Pape pun, dapat nasi kandar Raihan pun dah cantekkk terbaekkk.
Hari ketiganya, Goku makan dekat Warung Pak Su dekat Kuala Juru. Yang ni pun terbaik. Goku order nasi goreng ketam, kawan dia order mee ketam.
Nasi goreng dia nasi goreng biasa je, ketam tu masak asing rupanya. Ketam masak kuah apa pun taktaula namanya tapi ala-ala manis-manis pedas. Sodappp katanya ketam berkuah itu.

Hai lah ketam, marilah ke Shah Alam. Akan ku layan dikau dengan penuh kasih sayang sebab engkau sedappp.

Yang Goku kata, mee ketam kawan dia lagi terbaikkk. Apa lagi sharing is caring kan. Dia coba-cobaan mee ketam kawan dia, memang sedap, sesuai ketam berkuah tu makan dengan mee berbanding dengan nasi. Next time pi Penang, make sure anda semua yang gemarkan ketam masukkan Warung Pak Su dalam list jalan-jalan cari makan engkorang ok.

So total nasi goreng ketam 1 and mee ketam campur air adalah RM23...Biasalah kan, ketam bukannya murah. Apa pun, Penang, hang tunggu aku serbu hang ok. Sementara nak tunggu pi Penang, cheq nak blajaq buat sendiri mee ketam itu!

Sunday, 25 December 2011
Deco Canopy
A friend of mine just gave me pics of her neighbour punye canopy deco.Sikit gambar but yang penting deco dia memang inspiring. Wedding neighbour dia,Medina ni kat Galeri Shah Alam on 24 Dec 2011.. Dia kata tempat tu cantik jugak sebab ada tasik kan, kira open air la kan..dia tau aku memang minat hal-hal pengantin ni.Maklumla niat di hati aku ni satu hari nanti nak bukak butik pengantin,so asah bakat la kan dari sekarang.Cantik ok deco dia. Kreatif sangat walaupun simple je. Kalau malam aku rasa lagi cantik kot sebab lampu-lampu ni kalau pasang siang tak nampak begitu outstanding kan. Hiasan canopy macam ni aku tak pernah jumpa lagi, selalu yang aku tengok lantern yang colorful tu kan. Cantik jugak, bulat-bulat warna-warni. So enjoy the piccas and happy surfing for decos dear future perantinnns...
Tantek kan...so so so chomel! Kalau malam and switch on the light, confirm meletoppp cantik. Dibuat daripada kertas dilipatkan jadi bentuk swan je tapi still nampak exclusive kan bila disusun dengan kemas. Cuma kena ada kertas warna-warni and belajar lipat kertas jadi bentuk swan.

Tomey, simple je..no flower-flower for centrepiece.

Gambar pengantinnye mana? Haha member gua cakap, segan nak bangun pi amik gambar.Ampeh je.deco cantik pengantinnye takde gambar.

Anggap jela pengantin sedang enak beradu huehuehue.

Sunday, 18 December 2011
Makan makan Tony Roma's
Kan hari tu aku mengidam nak makan kat Laman Grill masa demam...oleh kerana tak berjaya mengorek poket Goku pada hari itu, di kala wiken yang lepas, aku divertkan napsu aku ke Tony. Hahaha ayat macam ape je..maksud aku, aku divertkan keinginan memakan beef ribs dari Laman Grill ke Tony Roma's..terbaikkk! Maka dengan itu Goku pun dengan terketaq-ketaq tangannya mengeluarkan ghimau-ghimau (read: duit $$$) di dalam wallet itu. Yang tinggal kini hanyala belang ghimau. Paham tak? Ghimau mati kan meninggalkan belang. Ahhh mampuih pi la tetibe ghimau lak kuar. Kuikuikui. Sambung balik, kalau masuk Tony Roma's ni dia akan hidang roti dulu ala-ala starter la, free je, no charge. Sebelum-sebelum ni kan, aku makan kat TR, aku tak pernah la duk try Kickin' Shrimp kot nama hidangan salad udang kat bawah ni. Sekali kali ni terdetik nak order, bila udang tu dah masuk mulut, sepuluh tahun terkenang daa. Haha sedap walaweiii nape la sebelum ni aku tak terpedaya nak makan ni. Price RM22.90.
Udang lembut, dengan sos sweet-tangy tak tau nak describe pastu masuk pulak dengan salad. Pehhhhh!

Dah kenyang belasah udang sebab udang ni masuk kategori appetizer, sekali lupa daa aku ada order jugak main course, Roma Rack. Terdiri daripada 3 ketui bountiful beef ribs, aku siap bungkus sebab tak abis, dah kenyang sangat belasah udang. Aku pilih side orders mashed potatoes dengan fries. Price RM53.90. Sedapnyerrr lembut je beef ni...dari first time datang dulu pon memang ini je yang aku order sebab memang terbaik. Goku dah pernah order macam-macam, aku pon tumpang sekaki la kan, still ini jugak favourite aku. Tapi sekarang aku dah tambah lagi fav, itu udanggg, haha bukan beralih arah tau, nehi-nehi, tolong tambah-tambah lagi mengosongkan poket husband I adala, Encik Goku yang berhati mulia kerana sudi belanja bini mentekedarah.

Goku pulak order combination beef ribs dengan 1/4 Bbq chicken. Aku rasa gitu-gitu je ayam bbq tu sebab mulut aku duk sibuk ngap udang-udang itewww. So taktau nak komen sedap ke tak tapi maybe boleh tahan sedapla kot sebab licin je pinggan Goku tapi aku tanya dia, dia kata dia lagi suka ayam Nando's. Goku pon pilih side orders mashed potatoes dengan fries jugak. Price RM47.90..Air pulak kitorang order air mango juice bottomless(meaning leh minum sampai muntah, boleh refill forever). Eh aku describe macam ni janganla pulak hari ni kau balik dr TR, esok kau datang lagi mintak refill mango juice. Haha mintak lempang okeh. Maksud nya selama kau makan kat TR la, selagi kau belum bayar and keluar bolehla refill airnya. Bottomless mango juice RM8.90 x 2 orang. So total termasuk tax RM165.30...erkkkkk. Tahun depan la pulak boleh makan. Eh tapi lagi 12 hari dah tahun depan. Yahoooooo leh makan lagi.

Okehla tu je makan-makan kali ni. Lenkali aku review tempat lain pulak ye. Aku nak makan kat The Chicken Rice Shop ni, grilled butter chicken. Terbaik woookkk. Byeee.
Thursday, 15 December 2011
Omak ekau
Siapa kata jadi seorang ibu ni senang? Takde siapa pun yang kata jadi seorang ibu ni senang cuma orang tak elaborate lebih je perihal kenapa menjadi seorang ibu tu susah. Bukan susah apa, kita kena bersedialah mental, fizikal, financial nak menerima kehadiran orang baru, sebab sekarang ni kita bertanggungjawab bagi pendidikan agama kat anak-anak, pelajaran, didik jadi manusia berguna, jaga kesihatan dia, jaga makan minum dia, ini adalah lifetime job tau, selagi kita belum tutup mata, selagi tulah, amanah tu kita mak bapak ni yang pikul. Kepada yang bakal berkahwin tu, ingat, perkahwinan bukan semata-mata best beromen je, tanggungjawab dah bertambah, dah jadi isteri, dalam masa terdekat, maybe jadi mak pulak. Selama ni duk "mak,mak,mak". Sekarang belajar-belajar la berdikari sikit. Dah ada anak, mana boleh bangun lambat-lambat macam time bujang-bujang dulu. Kalau dah biasa tidur separa mamfus tu, practice-practice la bunyikan alarm clock pukul 1,3,5,7 pagi ye. Hihihi bukan nak menakutkan, nak preparekan mental bakal-bakal pengantin dan bakal-bakal ibu je. Eh kepada kaum bapa pulak, janganla lepas tangan pulak kat bini kau sorang, banyak ganteng parasmu? Reti-reti la bergilir bangun tengah malam tukar pampers ke buat la apa yang patut. Janganla bagi bini tu stress, dahla culture shock first time kena jaga manusia, janganla kome buat-buat bodoh je tidur je, memang la jadi gaduh I tell you. Kepada bakal pengantin dan ibu, jangan ingat dapat anak nanti nak pakaikan baju cantik, seluar cantik, nak plan birthday party theme Thomas ke Angry Bird ke, tu semua tak penting. Itu jela kot dalam minda kebanyakan expecting mom. Aku tak kata semua la, aku tujukan to some of ibu-ibu muda ni, yang baru first time nak jadi mak ni kan taktau pape lagi. Duk berangan anak comel pakai baju brand apa, nak beli stroller kaler apa, nak beli baby seat brand apa. Hello-hello, jadi mak dulu, benda lain belakang kira dik non,kome belum rasa lagi kejutan. Aku bukan apa, duk blog hop sana sini, terjumpa macam-macam jenis orang la kan. Aku tengok orang sekarang ni pantang la ada occasion sesikit, aqiqah ke, birthday party ke, dah jadi trend nak menunjuk-nunjuk siapa punya majlis lagi hebat. Aku ingat trend-trend berblog bagai untuk majlis kahwin ni, habis kenduri, habisla cerita. Rupanya bersambung pulak kat aqiqah anak, birthday party anak. Kalau cerita tu untuk memberi info lainla kan, ni aku tengok lebih kepada nak menunjuk. Siapa punya door gift mantop, siapa punya tema kewl, siapa punya anak kiut, eh eh..lotih nak membaca nya. Memangla blog kome, kome punye suke, tapi dah aku dok hop sana sini terjumpa banyak pulak benda-benda begini. Punya la kemain grand lagi, buaian berendoi je dah macam pelamin aku tengok. Belum lagi yang berfresh flowers bagai. Nak tanyala, kalau buat grand-grand, mewah-mewah ni untuk apa? Keselesaan ke ataupun nak suruh tetamu datang puji-pujian kehebatan deco-deco kome? Confirm la mengharapkan pujian, "the most talked about majlis aqiqah", "the most talked about birthday party". Ok lah fine kau mampu, ko buat majlis mewah-mewah, then ko blog pulak about it. Kalau kau simpan kat tetamu yang datang je ok la lagi kan, tak nampak la tang mananya kau nak eksyen, ni kau war-warkan, canang-canangkan tak cukup dekat fb, dekat blog pulak, dekat twitter lagi. Tak paham, tak paham. Please ok kepada bakal pengantin and bakal ibu, rentikan la duk mengejar-ngejar sangat standard ni. Yang mampu, fine, carry on, yang rasa budget tu lebih elok untuk kegunaan lain, simpan la ek. Kita buat yang patut je. Aku bukan apa, aku taknak benda ni jadi trend, aku sorang je kot taknak trend melebih-lebih ni. Orang lain maybe ok. Tapi tahla ek, pada aku la, seelok-elok majlis adalah majlis yang sederhana tapi cantik tersusun. Hias sikit-sikit boleh la kan, duit lebih tu buat jamu makanan yang sedap-sedap kat tetamu, insyaAllah dikenang la majlis kome tu. Bukan menggeletis time deco je, time makanan....dot dot dot. Apa-apa pun, ni just pandangan aku je, blog aku, suke akulah. Hahaha. Nanti nak buat birthday party Boy kat hotel, kalau boleh tepi pantai, eh tak cukup grand, nak sewa satu pulau buat birthday party Boy!!! Hahahahaha.
Wednesday, 7 December 2011
Demam
Hari ni demam puler..dari petang semalam dah bersin non stop sampai adalah dekat 20 kali. Sampai ke malam dok bersin-bersin lagi, bila tiba tengah malam..(masukkan lagu seram), de..de...demam pun datang. Tolong-tolong aku diserang. Bila dah demam, selera makan tiba-tiba jadi demanding. Teringin nak makan apa tau? Jeng jeng jenggg...
-
-
-
-
-
-
-

Meat Lover's Combo Platter namenye...
Di mana boleh dapatkan? Di Laman Grill seksyen 13 Shah Alam..sedapnya, selera tak agak-agak time demam ni, melampau betul tekak aku ni. Kalau tak satu hidangan yang cost RM50++ takleh ke WR oii. Time anniversary ke birthday ke boleh la tahan lagi kan, ni asal demam je nak ngidam yang dahsyat-dahsyat. Tapi..sedaplah Meat Lover's Combo Platter ni, kena la dengan selera aku, selera ekau mano den tau. Hihihi. Tunggula malam ni kot-kot boleh korek duit tabung (tak pon poket laki ku) kuikuikui.
Monday, 5 December 2011
Orang gile jaga kaunter
Hari jumaat lepas aku gi seksyen 9 dan adala satu kejadian membengangkan. Memang bengang je keje aku kan. Aku ngan Goku order nak take away pizza , ala-ala terkial-kial la kan sebab selalu tak pernah beli direct from counter, selalu thru phone or online je. So tengah pilih-pilih la, si cashier ni buat muka ketat. Bila aku macam blur-blur package-package tu, dia buat muka kerek lagiii. Bila aku tanya pun boleh dia buat muka kelat sambil jawab nak taknak. Senyum memang takde, la. Mengong punya manusia. Pastu ada la satu couple ni, husband and wife kot, ala-ala orang berada la, dia gak yang layan. Wah bukan main ramah tersenyum-senyum, terangkan tu ni, orang tanya pun kemain senyum simpul. Eh bangang betul kau kan. Nampak sangat double standard. Mementang kitorang ni pakai selekeh, maklumlah kurang berduit tapi sekurang-kurangnya lengkap la baju ngan seluar, takdelah koyak-koyak mangkuk ayun betul si cashier ni. Dahla aku duduk tunggu order siap depan counter je, nampak sangat drama kaulah. Manusia camni lah yang buat aku bermulut puaka. Aku bukan mintak kau layan macam raja, sekurang-kurangnya layan la aku macam customer kau yang lain. Aku bayar tau bayar amount yang sama macam customer kaya kau. Harga untuk orang kurang berduit cam aku tetap samaaaaa!!! Nasib baik la pizza sedap, sejuk sikit hati aku, kalau tak rasa nak masukkan minah tu dalam oven je. Huh!
Wednesday, 30 November 2011
Baju Pengantin Muslimah
Gambar bawah ni adalah gambar dress moden untuk pengantin muslimah aku jumpa dalam magazine Mingguan Wanita edisi 2-8 Dec 2011.Haa kalau nak tau mana nk dapatkan baju-baju ni kena la beli. Cea tertibe terpromote lak kan.Tantek tak tawan-tawan? Tantek kannn..yang aku berkenan tu apa lagi kalau yang bukan warna putih tuuu...yang lain-lain pun cantik gak, sesuai gitew untuk pengantin bertudung. Tutup aurat, cantik dan tak jadi bahan mengata orang hahaha. "Eee pengantin tu pakai tudung tapi nampak lengan besor tiang konkrit", "Eee pengantin tu pakai tudung tapi nampak tali bra siap size terjojol keluar eh eh 32A jewwww ke". "Eee pengantin tu pakai tudung tapi nampak g-string eee terselit salah parking". Dahla. Enjoice the pics.

Tuesday, 29 November 2011
Cuti-cuti Penang
Ada la hari tu, aku pergi bercuti kat Penang. Kitorang satu family bermalam di Golden View Serviced Apartment, 3 bilik, fully airconditioned, 2 bilik katil Queen, satu bilik katil single, total RM400 satu malam. Gulp telan ayaq liuq. Nasib bahagi dua. Ada microwave, fridge, tv, sabun mandi, pinggan mangkuk ada sikit (ngeri woo bila aku imagine kot-kotla oink-oink pernah terhidang atas tu haha) ada la disediakan. So far aku rasa walaupun mahal tapi berbaloi la dengan apartment ni sebab selesa pastu agak besar gak plus kat hall ada sofa boleh tidur kalau ramai kan and dining table 4 kerusi, aircond lak kan.. Gambar lupa ambik, gugel la ye hihihi.

Yang tak berbaloi bila pergi makan dekat apa ke namanya tempat tu...Haa Padang Kota Lama. Aku makan char kuey teow RM8 ENGKAUUU. Ada la 3 udang agak besar tapi takla besar sangat. Kira bagi aku udang peringkat remaja tua kehkehkee Kuew teoy pon tak banyak. Harga sama je aku beli kat 2 kedai yang berlainan totap RM8. Terkujat aku maheinyerrr tersentot selera. Rasa? Hmm..sama je macam aku beli kat pasar S.A ni. Tak over gak kalau aku kata pasar malam sini jual lagi sedap.Sotong kangkung size medium RM15 sepinggan. Kalau aku la sekali hadap je tak kenyang mana. Tapi nasib baik rasa boleh tahan. Abang aku pulak, pergi beli pasembor. Kitorang ni orang luar, jadi tatau la prosedur nye macam mana nak beli tu. Pilih-pilih dulu ka..tunggu pekedai kira ka, abang aku tersalah la step mengorder, boleh si mamak ni sound abang aku yang beli pasembor dia depan customer lain kuat-kuat macam saja nak bagi orang dengar. Sekali dua boleh tahan la kan masuk kali ketiga kena sembur la dengan abang aku kat situ. Terdiam dan-dan tu jugak, dengan customer-customer lain terdiam. Apa jadah ko nak malukan customer, ingat ko sapa? Tokey besar sangat ke jual pasembor tu, hamekkk kena sembur. Oiii mamak, berbudi bahasa la sikit, cakap sekali dahla, kitorang ni pelancong, mana tau peraturan mengorder ko yang skema tu. Dahla caj RM59 untuk sepinggan pasembur tu. Kalau nak tau gambar pasembor, korang gugel la. Blog aku ni memang tak banyak gambar sebab susah bebenor nak upload gambar guna hp ni. Abang aku pilih ketam sekor, udang 3 ekor kot pastu cucur ngan ada la lagi yang lain sikit-sikit. Kedai mamak tak berbudi bahasa ni memang ramai orang membeli la, rasa boleh tahanla sedap. Tapi tahla Goku kata dia lagi suka rojak Karim kat seksyen 9 S.A ni kihkihkih jauh merantau Karim jugak kau carik. Hahaha. Ok gak carik Karim, kalau cari Karimah, saya sunat awak lagi sekali boleh ye abang. Sunat sikit jeee..sikit je kasi insaf je bukan nak mencederakan abang. Dahla entry untuk hari ni. Aku nak pi sembur Karimah.

Wednesday, 23 November 2011
Sedarla diri tu
Aku ada satu kegilaan. Kegilaan ni aku sure ramai la orang gila mengalami kegilaan ni. Kebanyakannya perempuan. Serius! Apa kegilaan itu? Gila window shopping onlineeee!!! Aku gila tengok baju-baju and tudung-tudung online.Separuh gila aku menahan wang daripada mengalir keluar melalui maybank2u dengan cimbclicks aku. Selalunya tak pernah berjaya. Mesti terbeli jugak tahape yang aku senang sangat terpedaya. Ni penyakit zaman sekarang ler ni. Virus durjana. Nyah kauuu!!! Kes gila paling baru, ada ke patut aku terbeli (ter hapekebende memang gatai beli kekeke) anak tudung harga RM10 tak termasuk postage. Campur postage RM16. Pastu bila jalan-jalan dekat kedai, nampak anak tudung yang sama RM8. Siapa nak jawab tu? Membazir berganda. Kalau beli banyak, dapat harga borong, postage RM6 untungla kan, ni seketul je aku beli. WR..WR...ko memang gile! Tapi sekarang aku dah tau dah, dah sedar diri! Model-model online ni semua anggun-anggun, jelita-jelita, comey lote, nama pun model. Bila pakai pape pun memang lawa nak mampuih la kan. Aku ni ermmm tak baik hina diri sendiri, ermmm aaa tak berapa nak lawa la hahaha kalau jadi model, barang dagangan tak laku la hahahaha. Jadi aku selalu ingatkan diri sendiri, sedarlah diri kau(read: aku) tu sikit, fulus kurang, muka tak berapa, body ke laut, pakai apa pun tak lawa. Jadi sedar diri daripada membeli yang tak patut!!! Gile kejam statement. Yang penting fulus aku cukup untuk beli makan daripada membazir tak tentu hala. Ngap ngap ngap lagi best! Burp!
Onion ring terbest aku pernah makan pada akulah kat Tony Roma's.

Dahla. Nak sambung shopping.Hihihi.
Tuesday, 22 November 2011
Wedding cake
Hello world.
Aku rasa banyak gila orang yang buat business cake sekarang ni. And aku tengok kek untuk orang kahwin memang gempak-gempak sekarang ni. Takde lagi macam dulu-dulu, kek wajib tiga tingkat pastu decoration mesti buttercream. Orang sekarang tak kesah habis duit dekat kek, macam masa aku kahwin dulu, budget untuk kek adalah duit yang baki. Lepas tolak yang penting-penting, baju, makeup, catering, canopy and so on, last sekali barulah aku order kek. Sebabnya bagi aku, yes, memang aku nak kek extra gempak la kan, who doesn't? Tapi aku sangat memikirkan nanti semua orang sibuk, takde siapa nak makan kek atau rajin nak potong-potongkan kek bagi kat tetamu, membazir! And yes memang betul. Cupcakes untuk meja kek aku habis, tapi kek tak berusik pun. Aku memang tak makan lah, katenye nak berdietla teman ni untuk kenduri belah lelaki seminggu lagi. Orang lain pun sama la ikut tak makan, ada dalam fridge sampai seminggu ape ke hei nye kome semue ni? Kek sedap tau yang aku order tu, bukannya murah. Anyway, aku sangat tertarik la dengan italian rainbow cake yang semua orang duk idam-idamkan sekarang ni. Kek nye butter cake je tapi warna nya tu sangat menarik bila dah potong. Aku rasa 10 tahun lagi, kalau la orang tengok gambar kahwin kau, mesti akan kata kek kau cantik, sebab memang cantik, colourful, rasa macam ceria je kahwin. Tak skema kan plus something different summore. Match pulak kek kahwin dengan wedding dress putih, wah menyerlah. Ape ke hei kek pun nak match dengan baju.Hihihi.So ini adalah contoh kek kahwin yang cantik (di mata aku ler ye, kome jangan la terasa kalau mengidam nak kek tiga tingkat butter cream bunga besor bunga rafflesia-kome google la kalau nak tau sizenya). Enjoy jela gambor nye.
Yang bawah ni yang colournya je rainbow, idokla ada bunga besor rafflesia.
Ha ni gambar kek bunga-bunga rainbow gitew. Aduh cantik. Dup dap dup dap debar jantungku.
Cantik tak? Lagi cantik bila dah potong ni nanti macam ni ghopenye.
Kalau nak tambahkan cupcakes di sekeliling meja potong kek, boleh la request yang macam ni dekat tokey kek.
Cantik kan. Siapa kata orang kite tak boleh ada wedding extravaganza. Tak semestinya orang kaya-kaya je boleh ada wedding hebat-hebat tau. Kita yang biasa-biasa (aku la biasa-biasa, kome kaya hihi) ni pun boleh buat wedding sederhana tapi cantik dan penuh warna warni. Ni ha kome tengok la rainbow cake depan dress putih itewww.
Tu jeler teman punya idea untuk hari ni. Teman ni idokler pandai bab-bab mencari keunikan majlis perkahwinan ni, teman cuma, cuma, cuma, cuma, cuma GENIUS je. Ader teman kisah kome menyampah? Hahaha.
Monday, 21 November 2011
Keputusan akhir bola sepak sukan sea ke 26
Full time: Malaysia vs Indonesia (1-1)
Extra time (Penalti) : 4-3
Kesimpulannya? MALAYSIA MENANG!!! Tahniah Harimau Muda!!!
Alhamdulillah...
Extra time (Penalti) : 4-3
Kesimpulannya? MALAYSIA MENANG!!! Tahniah Harimau Muda!!!
Alhamdulillah...
Tuesday, 15 November 2011
The little kid in me
I think I have Peter Pan complex. What can I do to correct it. Or should I just live with it. It won't do me any harm right?
Monday, 14 November 2011
Muslimah Wedding Dress
Hi..
I've always dream of being a fashion designer because I've my own taste in fashion. Ceh..nak kata taste sendiri maha gempak la konon kan.Haha.Masa my wedding dulu, aku berangan nak pakai wedding dress yang simple yet elegant. Yang ada gabungan chiffon and lace. No satin. But tak dapatla. Aku pon biol, patutnya for the lace lining, aku beli kain other than satin la yang tak berkilat because aku rasa kain satin yang berkilat tu merosakkan imej mewah dress pengantin yang cantik itu. No offense ye pada peminat satin. This is just my own opinion. Ni terpengaruh dengan si sales dekat kedai kain tersohor tu la. Serabut-serabut last-last beli satin. Beriye promote sangat pakej kain pengantin, lace sekali dengan satin murah, jimat bla bla blahla kau. And baju pengantin warna putih adalah paling cantik di mata aku. Manik and corak-corak sikit-sikit warna lain untuk menambahkan seri, cumanya kainnya sendiri biarlah putih. But paling cantik, bila nanti gabungan lace and chiffon tu, chiffon tu kan lembut, nanti bila jalan, chiffon akan melayang-layang. Effect ala-ala model atas stage gitu. Cantik tau. Nampak kelembutan dan kesucian seorang pengantin. Contoh eh, sat aku google. Of course la version bawah ni version sexy, kalau untuk muslimah, tutupla bahu tu, gabungkan dengan lace putih.
Tutup bahu sikit dengan lace.
Yes memang nampak simple melampau but trust me, combinekan dengan beadsnya nanti pearls putih and pearls yang warnanya lembut sangat contohnya macam pink purple ke, purple, light pink, light blue nampak sangat la cantik. Untuk yang pakai tudung, manik just dekat tangan and kalau tudung masuk dalam baju, dekat leher boleh detailkan lagi pearls ni. And of course dekat bahagian kaki dress kenala ada beads jugak. Tak payah heavy sangat, oh sangat cantik. Kalaulah aku ada kemahiran menjahit and melukis nescaya aku paparkan kat sini.Pastuh orang selalu kata warna cerah buat orang plus size nampak lebih besar kan, nahhh persetankan. Sebabnya orang plus size pon nak cantik jugak, takkan nak pakai warna hitam kot masa kahwin, kecewa kahwin ke apa. Ni, ni orang bawah ni pakai cantik je.
Bila nanti dah siap, kalau beads dah penuh dekat leher, tak payahla serabutkan dengan rantai pulak k. Pakaila crown yang simple tapi elegant jugak, kalau dapat yang ada pearls lagi terbaik. Pakai cincin kahwin di jari, pakai gelang kalau ada. Dah cukup cantik. Sebab nanti pengantin duduk atas pelamin kan, kalau pakai serabut-serabut dah orang takleh bezakan pengantin ke bunga pahar kahkahkah. Tahla dah penat aku google, takde contoh terbaik. Ni jela gamba bawah ni, lace di bahu and tangan (sila lining untuk yang bertudung), and bahagian bawah pinggang tu ganti dengan chiffon instead of shantung kot model bawah ni pakai sebab nampak keras je kain dia. Manik-manik biar berwarna sikit la tak payah heavy sangat pun takpe sebabnya nampak terlalu simple pulak kan kalau putih semua.
Apsal tetibe aku bercerita pasal baju pengantin ni. Bukankah aku sudah menjadi pengantin basi and dah jadi mak budak. Oh ye kerana semalam aku adalah bermimpi bengong. Mimpi mamat mana bawak lari aku ajak kahwin. Suka hati kau je mamat mana. Dahla nak tunjuk pulak gambar baju pengantin basi aku, eh nak tunjuk ke tak tunjuk ke tak, tunjuk sikit jelah. :-P
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaa...sekian.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaa...sekian.
Saturday, 12 November 2011
Cookies untuk orang diebetic
Halo halo...
Hari ni aku telah mencuba membuat chocolate chip cookies tanpa chocolate chip.Hasilnya adalah seperti memakan tepung gandum bakar. Haih. Dah taula choc chip tu takde, pepandailah lebihkan gula. Ni bendul ikut gak recipe. Recipe asal tu ada choc chip WR ohhhooii..Anyway takdelah hine sangat cookies yang aku wat ni, bole la telan sebab aku pepandai letak M&Ms..moral of the story is kalau gatal nak buat biskut tu pepandaila cukupkan bahan, kalau tak ko pulak jadi bahan...bahan kejian orang.

Wednesday, 2 November 2011
Pelik tapi benar
Hellooo...
Kekadang aku rasa pelik.Kalau pergi shopping malls sekarang macam tak sah kalau tak nampak perempuan dengan handbags mahal-mahal.Kekadang tengok tak lawa pun tapi harga humang aihhh. Tetambah kalau European brand la kan yang paling top sekali tak lain tak bukan Louis Vuitton@LV.Tapi LV memang cantikla di mata aku, well beauty lies in the eyes of the beholder kan.Kalau Gucci..nahhh tak cantik di mata gue, kalau Chanel, gulpp harga dekat RM10k, nak cakap cantik ke tak cantik pun cannot sebab mata aku juling tengok harga terus no comment. Kalau pergi shopping malls macam pressure je, tengok sana sini semua pakai handbags mahal,paling banyak Coach la.Sampaikan aku yang tak peduli keliling, pakai handbag pun cikai-cikai je pun rasa semacam sebab ramai sangat yang menjeling tengok aku pakai handbag apa. Hoih, perangai macam tu tak elok ok, pengaruh barat kuat sangat perangai riak, takbur, yang tak cool dipinggirkan.Ok sambung balik, Coach ni ramai yang pakai maybe sebab price dia kira affordable, below RM1k pun boleh dapat.Kalau dalam dunia blog macam tu la jugak patternnya. Kalau blog-blog glamour ni la kan, kalau satu blogger ni beli handbag LV, tayang dekat blog, "Thank U hubby hadiahkan beg idaman", tak lama pastu, blogger satu ni la pulak,"Akhirnya handbag igauanku ni dalam genggaman, birthday present from Mr. Husband, love U so much sayang..scroll down for the pic,jeng jeng jeng". Kepala wotakla.Hahaha pening lalat aku tengok.Menunjuk-nunjuk ok.Taula ok ko kaya,cantik and so on tapi sesungguhnya tak patut ok.Sebab ko blogger, bila budak-budak mentah baru nak naik jadikan ko idola, ko dah menurunkan perangai tak elok. Dalam dunia sebenar,tak semua mampu nak beli barang-barang mahal macam tu. Bebudak baru nak naik ni senang terpengaruh, maka perangai yang didevelop dari remaja ni terbawak-bawak time dah kerja. Hasilnya berhutang.Tengok semua blogger glamour, gaya hidup perfect, cantik, kaya, pakai barangan berjenama dah tu tunjuk pulak dekat blog, siapa yang tengok pun terliur. Pastu bila orang kata riak, dia balas pulak, "Ramai pendengki dalam dunia ni, ni hasil usaha kami laki bini selama ni la setan &@%#&*#%!". Hello, orang tak dengki ok, cuma meluat tengok peel riak tak tentu hala. Anyways, banyak jugak blogger glamour yang jenis humble. Walaupun kaya, cantik, lifestyle tip top, tapi malas nak bersaing dengan blogger perasan bagus pastu blog pon best, kelakar-kelakar sampai aku gelak sampai sawan. Salute la perangai camtu. Dahla tazkirah di pagi Rabu.Bila la nak jumaat. Nak pergi pavillion beli handbag Gucci. Eh tipu je. Hahaha.

Tuesday, 9 August 2011
Superhero Pampers
Hi...
Semalam boy bangun seluar dah tak pakai sambil sengih macam gambar di atas. T_T. Kat luar jangan buat ye nak. Terkontang kanting dengan pampers dia je.Manalah kanak-kanak 8 bulan ni belajar bukak seluar sendiri. Nasib baik tak membuang yang besar, likat, pekat, melekat itu, kalau tak...hai selepetla comforter mama nak..
Sunday, 24 July 2011
Cabai mulut laser
Kalau ingat balik perangai mase muda-muda dulu haruslah mengucap panjang.*ceis aku dah tua*. Antara peel mangkuk seorang aku adalah:
1. Masa sekolah rendah, masa bulan puasa, petang-petang time nak solat asar berjemaah, semedang je terminum air masa amik wuduk.
2. Dah sekolah menengah, pun masa bulan puasa, dah main sukan penat, singgah kedai beli 100 plus konon nak berbuka dengan minuman pemberi tenaga. Pukul 6.30pm bukak tin 100 plus slurppp..ahh hilang dahaga. *mengapalah aku begitu seth tan sekali*.
3. Bagitau kawan yang takde bulu kaki, "weh ko takde bulu kaki kan, macam babi weh, babi takde bulu". Arkkk jahat giler statement. Ahahahaha nasib baik member tak makan dalam. Tapi bernanah telinga sampai sekarang duk ungkit kejahanaman mulut aku.
4. Beli nasi ayam, tak lalu nak habiskan. Tapi banyak lagi. *sel-sel otak pun berhubung*. Tuang coke dalam nasi ayam,orang tak perasan punya itu bukan kicap. Bagitau kawan nasi ayam hari ni extra delicious, kawan makan, muka kawan pelik nak termuntah, aku gelak guling-guling. Why aku why. Why la aku jahanam sangat dulu.
Ahh..just to name a few la. Kalau ikutkan sampai tahun depan pun tak habis nak cerita seth tan diri sendiri. Time mengena sel otak pon berhubung, time exam semua markah adalah merah. T_T *pilu*
Friday, 22 July 2011
Kenapa stress?
Kenapa stress?
1. Sebab pemalas
2. Sebab gemuk
3. Sebab stress
Nak elaborate sikit points di atas.
1. Stress adalah kerana pemalas. Macam takde motivation nak buat apa-apa. Bila time sibuk, rasa dan-dan tu jugak nak buat kerja yang terbengkalai. Bila dah ada free time. Dan-dan tu jugak bukak blogshops la, bloghop la. *Lempang diri sendiri sampai bertukar rajin*
2. Stress sebab gemuk. Apa kaitan stress dengan gemuk. "Ko jadi stress sebab gemuk ke? Sebab orang gemuk banyak penyakit eh?"."Bukan macam tu lah..." *dengan senyum sipi*. Dalam hati "Cibai la lu. Selamba kutuk aku, aku belum habis cakap lagi." Stress kerana orang gemuk macam aku selalu dipersenda. Eceh. Emo. Haruslah. Boleh tak satu hari makcik ni cakap kat aku, "Wah kau pun makin membesar. Ni kalau kau siku Goku(Nama samaran suami di dalam blog ini. Kalau siapa baca komik Dragon Ball, harusla Goku idola seantero peminat komik kan) boleh terlentang Goku." Dem u makcik. Depan orang pulak tu. Pastu siap sambung cakap kat Goku, "Ni WR siku kau, terlentang kau Goku". *Suami senyum straight* (Dah bini kene kutuk takkan nak gelak guling-guling, tidur kat porch!).Paham tak senyum straight? Tak chatter tegar la tak tau. Macam ni ha :-| . Wah makcik, tak puas hati nampak menghina sikit-sikit. Selamba gila makcik cakap saya macam tu. Takpe makcik saya redha, orang gemuk selalu dihina. Dem u penghina orang gemuk! T_T .Orang gemuk pun ada perasaan ok. Tapi takpe, hari ni kau mengata aku. Esok-esok tengokla, tak kau, keturunan kau yang kena hina macam aku.
3. .Eh boleh macam tu. Kalau orang tanya "Kenapa stress?" Jawapannya; "Sebab stress".
Haha boleh kena pelangkung. Whatever. *Buat gaya whatever Nabil yang tiru gaya Kim Kardashian dalam maharajalawak.*
Eh what is an entry without a picture kan.
"Apahal lu bai"
Source: Google Images
Subscribe to:
Posts (Atom)