Pages

Sunday, 18 December 2011

Makan makan Tony Roma's

Kan hari tu aku mengidam nak makan kat Laman Grill masa demam...oleh kerana tak berjaya mengorek poket Goku pada hari itu, di kala wiken yang lepas, aku divertkan napsu aku ke Tony. Hahaha ayat macam ape je..maksud aku, aku divertkan keinginan memakan beef ribs dari Laman Grill ke Tony Roma's..terbaikkk! Maka dengan itu Goku pun dengan terketaq-ketaq tangannya mengeluarkan ghimau-ghimau (read: duit $$$) di dalam wallet itu. Yang tinggal kini hanyala belang ghimau. Paham tak? Ghimau mati kan meninggalkan belang. Ahhh mampuih pi la tetibe ghimau lak kuar. Kuikuikui. Sambung balik, kalau masuk Tony Roma's ni dia akan hidang roti dulu ala-ala starter la, free je, no charge. Sebelum-sebelum ni kan, aku makan kat TR, aku tak pernah la duk try Kickin' Shrimp kot nama hidangan salad udang kat bawah ni. Sekali kali ni terdetik nak order, bila udang tu dah masuk mulut, sepuluh tahun terkenang daa. Haha sedap walaweiii nape la sebelum ni aku tak terpedaya nak makan ni. Price RM22.90.

Udang lembut, dengan sos sweet-tangy tak tau nak describe pastu masuk pulak dengan salad. Pehhhhh!


Dah kenyang belasah udang sebab udang ni masuk kategori appetizer, sekali lupa daa aku ada order jugak main course, Roma Rack. Terdiri daripada 3 ketui bountiful beef ribs, aku siap bungkus sebab tak abis, dah kenyang sangat belasah udang. Aku pilih side orders mashed potatoes dengan fries. Price RM53.90. Sedapnyerrr lembut je beef ni...dari first time datang dulu pon memang ini je yang aku order sebab memang terbaik. Goku dah pernah order macam-macam, aku pon tumpang sekaki la kan, still ini jugak favourite aku. Tapi sekarang aku dah tambah lagi fav, itu udanggg, haha bukan beralih arah tau, nehi-nehi, tolong tambah-tambah lagi mengosongkan poket husband I adala, Encik Goku yang berhati mulia kerana sudi belanja bini mentekedarah.



Goku pulak order combination beef ribs dengan 1/4 Bbq chicken. Aku rasa gitu-gitu je ayam bbq tu sebab mulut aku duk sibuk ngap udang-udang itewww. So taktau nak komen sedap ke tak tapi maybe boleh tahan sedapla kot sebab licin je pinggan Goku tapi aku tanya dia, dia kata dia lagi suka ayam Nando's. Goku pon pilih side orders mashed potatoes dengan fries jugak. Price RM47.90..Air pulak kitorang order air mango juice bottomless(meaning leh minum sampai muntah, boleh refill forever). Eh aku describe macam ni janganla pulak hari ni kau balik dr TR, esok kau datang lagi mintak refill mango juice. Haha mintak lempang okeh. Maksud nya selama kau makan kat TR la, selagi kau belum bayar and keluar bolehla refill airnya. Bottomless mango juice RM8.90 x 2 orang. So total termasuk tax RM165.30...erkkkkk. Tahun depan la pulak boleh makan. Eh tapi lagi 12 hari dah tahun depan. Yahoooooo leh makan lagi.



Okehla tu je makan-makan kali ni. Lenkali aku review tempat lain pulak ye. Aku nak makan kat The Chicken Rice Shop ni, grilled butter chicken. Terbaik woookkk. Byeee.

No comments:

Post a Comment