Friday, 30 December 2011
Monday, 26 December 2011
Makan-makan Warung Pak Su, Kuala Juru
Goku kena outstation pergi Penang last week. Macam-macam tempat dia pergi makan. Aku dengar je terus jealous nak mamfus. Haha bab makan jangan main-main dengan aku. Dasar pompuan mok-mok. Haha ada aku kisah? Hari first dia call aku dia kata dia makan nasi kandar kat tempat biasa-biasa je, bukan tempat famous la, aku dengar pun tak heran sangat sebab dia tak review pun kata nasi kandar tu sedap. Hari kedua dia cakap dia makan nasi kandar Kasim Mustafa. Sekali dia kata lagi sedap daripada nasi kandar favourite aku, nasi kandar Raihan yang dekat Glenmarie tu, terus berdesing telinga aku. Hahaha tapi takde la aku melampiaskan amarah pulak, dengan hangen-hangen manja je cakap, "alaaaa nakkkk, bungkuskannn". Tapi Goku naik dengan orang, takkan nak demand lebih singgah beli nasi kandar pulak sebelum bertolak balik Shah Alam ni.Redha jela, lenkali siapla, 365 bungkus aku beli panaskan satu hari sebungkus. Gambar Goku lupa nak amik tapi sama jeler ghupe macam nasi kandar biasa kan. Pape pun, dapat nasi kandar Raihan pun dah cantekkk terbaekkk.
Hari ketiganya, Goku makan dekat Warung Pak Su dekat Kuala Juru. Yang ni pun terbaik. Goku order nasi goreng ketam, kawan dia order mee ketam.
Nasi goreng dia nasi goreng biasa je, ketam tu masak asing rupanya. Ketam masak kuah apa pun taktaula namanya tapi ala-ala manis-manis pedas. Sodappp katanya ketam berkuah itu.

Hai lah ketam, marilah ke Shah Alam. Akan ku layan dikau dengan penuh kasih sayang sebab engkau sedappp.

Yang Goku kata, mee ketam kawan dia lagi terbaikkk. Apa lagi sharing is caring kan. Dia coba-cobaan mee ketam kawan dia, memang sedap, sesuai ketam berkuah tu makan dengan mee berbanding dengan nasi. Next time pi Penang, make sure anda semua yang gemarkan ketam masukkan Warung Pak Su dalam list jalan-jalan cari makan engkorang ok.

So total nasi goreng ketam 1 and mee ketam campur air adalah RM23...Biasalah kan, ketam bukannya murah. Apa pun, Penang, hang tunggu aku serbu hang ok. Sementara nak tunggu pi Penang, cheq nak blajaq buat sendiri mee ketam itu!
Hari ketiganya, Goku makan dekat Warung Pak Su dekat Kuala Juru. Yang ni pun terbaik. Goku order nasi goreng ketam, kawan dia order mee ketam.
Nasi goreng dia nasi goreng biasa je, ketam tu masak asing rupanya. Ketam masak kuah apa pun taktaula namanya tapi ala-ala manis-manis pedas. Sodappp katanya ketam berkuah itu.

Hai lah ketam, marilah ke Shah Alam. Akan ku layan dikau dengan penuh kasih sayang sebab engkau sedappp.

Yang Goku kata, mee ketam kawan dia lagi terbaikkk. Apa lagi sharing is caring kan. Dia coba-cobaan mee ketam kawan dia, memang sedap, sesuai ketam berkuah tu makan dengan mee berbanding dengan nasi. Next time pi Penang, make sure anda semua yang gemarkan ketam masukkan Warung Pak Su dalam list jalan-jalan cari makan engkorang ok.

So total nasi goreng ketam 1 and mee ketam campur air adalah RM23...Biasalah kan, ketam bukannya murah. Apa pun, Penang, hang tunggu aku serbu hang ok. Sementara nak tunggu pi Penang, cheq nak blajaq buat sendiri mee ketam itu!
Sunday, 25 December 2011
Deco Canopy
A friend of mine just gave me pics of her neighbour punye canopy deco.Sikit gambar but yang penting deco dia memang inspiring. Wedding neighbour dia,Medina ni kat Galeri Shah Alam on 24 Dec 2011.. Dia kata tempat tu cantik jugak sebab ada tasik kan, kira open air la kan..dia tau aku memang minat hal-hal pengantin ni.Maklumla niat di hati aku ni satu hari nanti nak bukak butik pengantin,so asah bakat la kan dari sekarang.Cantik ok deco dia. Kreatif sangat walaupun simple je. Kalau malam aku rasa lagi cantik kot sebab lampu-lampu ni kalau pasang siang tak nampak begitu outstanding kan. Hiasan canopy macam ni aku tak pernah jumpa lagi, selalu yang aku tengok lantern yang colorful tu kan. Cantik jugak, bulat-bulat warna-warni. So enjoy the piccas and happy surfing for decos dear future perantinnns...
Tantek kan...so so so chomel! Kalau malam and switch on the light, confirm meletoppp cantik. Dibuat daripada kertas dilipatkan jadi bentuk swan je tapi still nampak exclusive kan bila disusun dengan kemas. Cuma kena ada kertas warna-warni and belajar lipat kertas jadi bentuk swan.

Tomey, simple je..no flower-flower for centrepiece.

Gambar pengantinnye mana? Haha member gua cakap, segan nak bangun pi amik gambar.Ampeh je.deco cantik pengantinnye takde gambar.

Anggap jela pengantin sedang enak beradu huehuehue.
Tantek kan...so so so chomel! Kalau malam and switch on the light, confirm meletoppp cantik. Dibuat daripada kertas dilipatkan jadi bentuk swan je tapi still nampak exclusive kan bila disusun dengan kemas. Cuma kena ada kertas warna-warni and belajar lipat kertas jadi bentuk swan.

Tomey, simple je..no flower-flower for centrepiece.

Gambar pengantinnye mana? Haha member gua cakap, segan nak bangun pi amik gambar.Ampeh je.deco cantik pengantinnye takde gambar.

Anggap jela pengantin sedang enak beradu huehuehue.
Sunday, 18 December 2011
Makan makan Tony Roma's
Kan hari tu aku mengidam nak makan kat Laman Grill masa demam...oleh kerana tak berjaya mengorek poket Goku pada hari itu, di kala wiken yang lepas, aku divertkan napsu aku ke Tony. Hahaha ayat macam ape je..maksud aku, aku divertkan keinginan memakan beef ribs dari Laman Grill ke Tony Roma's..terbaikkk! Maka dengan itu Goku pun dengan terketaq-ketaq tangannya mengeluarkan ghimau-ghimau (read: duit $$$) di dalam wallet itu. Yang tinggal kini hanyala belang ghimau. Paham tak? Ghimau mati kan meninggalkan belang. Ahhh mampuih pi la tetibe ghimau lak kuar. Kuikuikui. Sambung balik, kalau masuk Tony Roma's ni dia akan hidang roti dulu ala-ala starter la, free je, no charge. Sebelum-sebelum ni kan, aku makan kat TR, aku tak pernah la duk try Kickin' Shrimp kot nama hidangan salad udang kat bawah ni. Sekali kali ni terdetik nak order, bila udang tu dah masuk mulut, sepuluh tahun terkenang daa. Haha sedap walaweiii nape la sebelum ni aku tak terpedaya nak makan ni. Price RM22.90.
Udang lembut, dengan sos sweet-tangy tak tau nak describe pastu masuk pulak dengan salad. Pehhhhh!

Dah kenyang belasah udang sebab udang ni masuk kategori appetizer, sekali lupa daa aku ada order jugak main course, Roma Rack. Terdiri daripada 3 ketui bountiful beef ribs, aku siap bungkus sebab tak abis, dah kenyang sangat belasah udang. Aku pilih side orders mashed potatoes dengan fries. Price RM53.90. Sedapnyerrr lembut je beef ni...dari first time datang dulu pon memang ini je yang aku order sebab memang terbaik. Goku dah pernah order macam-macam, aku pon tumpang sekaki la kan, still ini jugak favourite aku. Tapi sekarang aku dah tambah lagi fav, itu udanggg, haha bukan beralih arah tau, nehi-nehi, tolong tambah-tambah lagi mengosongkan poket husband I adala, Encik Goku yang berhati mulia kerana sudi belanja bini mentekedarah.

Goku pulak order combination beef ribs dengan 1/4 Bbq chicken. Aku rasa gitu-gitu je ayam bbq tu sebab mulut aku duk sibuk ngap udang-udang itewww. So taktau nak komen sedap ke tak tapi maybe boleh tahan sedapla kot sebab licin je pinggan Goku tapi aku tanya dia, dia kata dia lagi suka ayam Nando's. Goku pon pilih side orders mashed potatoes dengan fries jugak. Price RM47.90..Air pulak kitorang order air mango juice bottomless(meaning leh minum sampai muntah, boleh refill forever). Eh aku describe macam ni janganla pulak hari ni kau balik dr TR, esok kau datang lagi mintak refill mango juice. Haha mintak lempang okeh. Maksud nya selama kau makan kat TR la, selagi kau belum bayar and keluar bolehla refill airnya. Bottomless mango juice RM8.90 x 2 orang. So total termasuk tax RM165.30...erkkkkk. Tahun depan la pulak boleh makan. Eh tapi lagi 12 hari dah tahun depan. Yahoooooo leh makan lagi.

Okehla tu je makan-makan kali ni. Lenkali aku review tempat lain pulak ye. Aku nak makan kat The Chicken Rice Shop ni, grilled butter chicken. Terbaik woookkk. Byeee.
Thursday, 15 December 2011
Omak ekau
Siapa kata jadi seorang ibu ni senang? Takde siapa pun yang kata jadi seorang ibu ni senang cuma orang tak elaborate lebih je perihal kenapa menjadi seorang ibu tu susah. Bukan susah apa, kita kena bersedialah mental, fizikal, financial nak menerima kehadiran orang baru, sebab sekarang ni kita bertanggungjawab bagi pendidikan agama kat anak-anak, pelajaran, didik jadi manusia berguna, jaga kesihatan dia, jaga makan minum dia, ini adalah lifetime job tau, selagi kita belum tutup mata, selagi tulah, amanah tu kita mak bapak ni yang pikul. Kepada yang bakal berkahwin tu, ingat, perkahwinan bukan semata-mata best beromen je, tanggungjawab dah bertambah, dah jadi isteri, dalam masa terdekat, maybe jadi mak pulak. Selama ni duk "mak,mak,mak". Sekarang belajar-belajar la berdikari sikit. Dah ada anak, mana boleh bangun lambat-lambat macam time bujang-bujang dulu. Kalau dah biasa tidur separa mamfus tu, practice-practice la bunyikan alarm clock pukul 1,3,5,7 pagi ye. Hihihi bukan nak menakutkan, nak preparekan mental bakal-bakal pengantin dan bakal-bakal ibu je. Eh kepada kaum bapa pulak, janganla lepas tangan pulak kat bini kau sorang, banyak ganteng parasmu? Reti-reti la bergilir bangun tengah malam tukar pampers ke buat la apa yang patut. Janganla bagi bini tu stress, dahla culture shock first time kena jaga manusia, janganla kome buat-buat bodoh je tidur je, memang la jadi gaduh I tell you. Kepada bakal pengantin dan ibu, jangan ingat dapat anak nanti nak pakaikan baju cantik, seluar cantik, nak plan birthday party theme Thomas ke Angry Bird ke, tu semua tak penting. Itu jela kot dalam minda kebanyakan expecting mom. Aku tak kata semua la, aku tujukan to some of ibu-ibu muda ni, yang baru first time nak jadi mak ni kan taktau pape lagi. Duk berangan anak comel pakai baju brand apa, nak beli stroller kaler apa, nak beli baby seat brand apa. Hello-hello, jadi mak dulu, benda lain belakang kira dik non,kome belum rasa lagi kejutan. Aku bukan apa, duk blog hop sana sini, terjumpa macam-macam jenis orang la kan. Aku tengok orang sekarang ni pantang la ada occasion sesikit, aqiqah ke, birthday party ke, dah jadi trend nak menunjuk-nunjuk siapa punya majlis lagi hebat. Aku ingat trend-trend berblog bagai untuk majlis kahwin ni, habis kenduri, habisla cerita. Rupanya bersambung pulak kat aqiqah anak, birthday party anak. Kalau cerita tu untuk memberi info lainla kan, ni aku tengok lebih kepada nak menunjuk. Siapa punya door gift mantop, siapa punya tema kewl, siapa punya anak kiut, eh eh..lotih nak membaca nya. Memangla blog kome, kome punye suke, tapi dah aku dok hop sana sini terjumpa banyak pulak benda-benda begini. Punya la kemain grand lagi, buaian berendoi je dah macam pelamin aku tengok. Belum lagi yang berfresh flowers bagai. Nak tanyala, kalau buat grand-grand, mewah-mewah ni untuk apa? Keselesaan ke ataupun nak suruh tetamu datang puji-pujian kehebatan deco-deco kome? Confirm la mengharapkan pujian, "the most talked about majlis aqiqah", "the most talked about birthday party". Ok lah fine kau mampu, ko buat majlis mewah-mewah, then ko blog pulak about it. Kalau kau simpan kat tetamu yang datang je ok la lagi kan, tak nampak la tang mananya kau nak eksyen, ni kau war-warkan, canang-canangkan tak cukup dekat fb, dekat blog pulak, dekat twitter lagi. Tak paham, tak paham. Please ok kepada bakal pengantin and bakal ibu, rentikan la duk mengejar-ngejar sangat standard ni. Yang mampu, fine, carry on, yang rasa budget tu lebih elok untuk kegunaan lain, simpan la ek. Kita buat yang patut je. Aku bukan apa, aku taknak benda ni jadi trend, aku sorang je kot taknak trend melebih-lebih ni. Orang lain maybe ok. Tapi tahla ek, pada aku la, seelok-elok majlis adalah majlis yang sederhana tapi cantik tersusun. Hias sikit-sikit boleh la kan, duit lebih tu buat jamu makanan yang sedap-sedap kat tetamu, insyaAllah dikenang la majlis kome tu. Bukan menggeletis time deco je, time makanan....dot dot dot. Apa-apa pun, ni just pandangan aku je, blog aku, suke akulah. Hahaha. Nanti nak buat birthday party Boy kat hotel, kalau boleh tepi pantai, eh tak cukup grand, nak sewa satu pulau buat birthday party Boy!!! Hahahahaha.
Wednesday, 7 December 2011
Demam
Hari ni demam puler..dari petang semalam dah bersin non stop sampai adalah dekat 20 kali. Sampai ke malam dok bersin-bersin lagi, bila tiba tengah malam..(masukkan lagu seram), de..de...demam pun datang. Tolong-tolong aku diserang. Bila dah demam, selera makan tiba-tiba jadi demanding. Teringin nak makan apa tau? Jeng jeng jenggg...
-
-
-
-
-
-
-

Meat Lover's Combo Platter namenye...
Di mana boleh dapatkan? Di Laman Grill seksyen 13 Shah Alam..sedapnya, selera tak agak-agak time demam ni, melampau betul tekak aku ni. Kalau tak satu hidangan yang cost RM50++ takleh ke WR oii. Time anniversary ke birthday ke boleh la tahan lagi kan, ni asal demam je nak ngidam yang dahsyat-dahsyat. Tapi..sedaplah Meat Lover's Combo Platter ni, kena la dengan selera aku, selera ekau mano den tau. Hihihi. Tunggula malam ni kot-kot boleh korek duit tabung (tak pon poket laki ku) kuikuikui.
Monday, 5 December 2011
Orang gile jaga kaunter
Hari jumaat lepas aku gi seksyen 9 dan adala satu kejadian membengangkan. Memang bengang je keje aku kan. Aku ngan Goku order nak take away pizza , ala-ala terkial-kial la kan sebab selalu tak pernah beli direct from counter, selalu thru phone or online je. So tengah pilih-pilih la, si cashier ni buat muka ketat. Bila aku macam blur-blur package-package tu, dia buat muka kerek lagiii. Bila aku tanya pun boleh dia buat muka kelat sambil jawab nak taknak. Senyum memang takde, la. Mengong punya manusia. Pastu ada la satu couple ni, husband and wife kot, ala-ala orang berada la, dia gak yang layan. Wah bukan main ramah tersenyum-senyum, terangkan tu ni, orang tanya pun kemain senyum simpul. Eh bangang betul kau kan. Nampak sangat double standard. Mementang kitorang ni pakai selekeh, maklumlah kurang berduit tapi sekurang-kurangnya lengkap la baju ngan seluar, takdelah koyak-koyak mangkuk ayun betul si cashier ni. Dahla aku duduk tunggu order siap depan counter je, nampak sangat drama kaulah. Manusia camni lah yang buat aku bermulut puaka. Aku bukan mintak kau layan macam raja, sekurang-kurangnya layan la aku macam customer kau yang lain. Aku bayar tau bayar amount yang sama macam customer kaya kau. Harga untuk orang kurang berduit cam aku tetap samaaaaa!!! Nasib baik la pizza sedap, sejuk sikit hati aku, kalau tak rasa nak masukkan minah tu dalam oven je. Huh!
Subscribe to:
Posts (Atom)